Update September 1, 2025
Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih dari hati kami yang paling dalam kerana sudi membeli dan menyokong buku doa ini. Kami bukan syarikat besar, bukan penerbit ternama. Kami hanya sekumpulan kecil yang cuba hidupkan kembali amalan doa, supaya setiap insan yang sedang letih, sedih, atau hilang arah dapat jumpa sedikit ketenangan.
Mungkin pada pandangan orang lain, buku ini hanyalah helaian kertas yang biasa. Tapi bagi kami, setiap doa yang terkandung di dalamnya adalah harapan , harapan agar ada hati yang kembali kuat, ada air mata yang kembali reda, ada jiwa yang kembali tenang.
Setiap pembelian anda sangat bermakna. Ia bukan sekadar membantu usaha kecil ini terus bertahan, tapi ia juga tanda bahawa masih ada orang yang percaya dengan kekuatan doa.
Doa untuk anda:
“Ya Allah, lapangkanlah rezeki pembawa buku doa ini, tenangkanlah hatinya, lindungilah dirinya serta ahli keluarganya daripada segala kesusahan, dan jadikanlah hidupnya penuh dengan keberkatan.”
📩 Kami sentiasa mahu perbaiki.
Jika ada sebarang kesilapan, kekurangan, atau cadangan penambahbaikan, kami amat hargai jika anda sudi berkongsi.
📢 Kalau anda rasa buku doa ini bermanfaat, kongsikan buku ini dengan orang tersayang. Semoga setiap perkongsian jadi pahala berpanjangan.
Tentang kami:
Hijrah House bermula dengan niat kecil sebarkan doa untuk jadi peneman di waktu hati manusia paling rapuh. Setiap pembelian anda menyokong usaha kecil ini untuk terus berkembang.
Doakan juga kami agar usaha kecil ini terus hidup dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
✨ Jazakallahu khair. Semoga Allah gantikan setiap ringgit yang anda keluarkan dengan seribu kali ganda keberkatan, rezeki yang luas, dan hati yang sentiasa dilimpahi ketenangan.